• Written by Media Baharu
  • Published in Semasa

SEREMBAN, 21 Mac- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mewujudkan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di tiga buah negeri iaitu Selangor, Johor dan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pihaknya akan mengusahakan perkara tersebut sekali gus menjadikan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu Kompleks JKKN yang dapat dijadikan sebagai pusat pengumpulan budaya.

"Tiga negeri ini sahaja yang belum mempunyai JKKN. Perbincangan secara serius telah dimulakan di peringkat Persekutuan. Perkara itu penting agar menjadi pusat pengumpulan budaya agar ia dapat diperkasakan," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, pihaknya menyasarkan untuk melaksana 250 program seni warisan budaya di setiap 11 Kompleks JKKN sedia ada.

Setakat bulan Mei, hampir 40 peratus daripada sasaran telah tercapai.

 

https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/63885-jkkn-akan-diwujudkan-di-tiga-negeri